| RISALAH
MAKLUMAT KESELAMATAN BAHAN(MSDS) |
"TOYOLAC"
Resin ABS Gred Diperkuat Gentian Kaca
Nama Gred : "TOYOLAC" 100G
No. MSDS: TPM056 Toray Plastics (Malaysia) Sdn. Bhd.
Tarikh : 2 July, 2001 |
| 1. SYARIKAT / PENGENALAN |
1.1 NAMA PENGELUAR
/ PEMBEKAL
ALAMAT : 2628 MK.1, SPT., Lorong Perusahann 4, Prai Free Industrial
Zone,
13600 Prai, Penang, Malaysia.
1.2 PENGURUS KESELAMATAN
PENGELUARAN, TEKNOLOGI
| BAHAGIAN |
: Bahagian Pengeluaran |
| PENGURUS |
: Pengarah & Pengurus Kilang |
| JUALAN |
|
| BAHAGIAN |
: Bahagian Jualan & Pemasaran |
| PENGURUS |
: Pengurus Am |
1.3 PENGURUS MSDS
| JABATAN |
: Jabatan Teknikal |
| PENGURUS |
: Pengurus Jabatan Teknikal |
1.4 PUSAT MAKLUMAT (PUSAT PERKHIDMATAN PELANGGAN)
| JABATAN |
: Jabatan Jualan & Pemasaran |
| ALAMAT |
: 2628 MK.1, SPT., Lorong Perusahann 4, Prai
Free Industrial Zone, 13600 Prai, Penang, Malaysia. |
| No.Tel. |
: +60 4 3988088 |
| No.Faks. |
: +60 4 3908975, 39977264 |
|
| 2. KOMPOSISI / MAKLUMAT
KANDUNGAN |
| Nama Kimia |
: Kopolimer Akrilonitril-Butadiena-Stirena Diperkuat
Gentian Kaca |
| Nama Umum |
: Resin ABS Diperkuat Gentian Kaca |
| Nama Singkatan |
: - |
| NO.CAS |
: 9003-56-9, 65997-17-3 |
| BAHAN ( ) CAMPURAN (O) ; KELAS UN
& NUMBOR UN |
| NAMA KIMIA |
KOMPOSISI(%) |
FORMULASI KIMIA(FORMULASI KONSTITUSI,FORMULASI
STRUKTUR) |
No.CAS |
StatusTSCA |
| Kopolimer Akrilonitril- Butadiena-Stirena |
60~95 |
-[(C8H8)k-(C3H3N)l-(C4H6)m]n- |
9003-56-9 |
Tersenarai |
| Gentian Kaca |
5~40 |
SiO2.Al2O3.CaO.MgO.B2O3.Na2O.K2O |
65997-17-3 |
Tersenarai |
|
| 3. PENGENALAN BERBAHAYA |
3.1 TINJAUAN UMUM
KECEMASAN
Pelet berwarna putih kekuningan legap atau berwarna
akan berbau sedikit atau tidak berbau. Pelet tercicir akan menyebabkan
bahaya tergelincir. Ia boleh terbakar dalam api dengan melepaskan
asap beracun. Bahan melebur akan menyebabkan kelecuran yang serius.
Wasap dan asap yang terjana semasa proses peleburan mungkin menyebabkan
kerengsaan pada mata, kulit dan salur pernafasan. Proses sekunder
akan mengeluarkan habuk yang mungkin akan berbahaya pada pernafasan
dan menyebabkan letupan.
3.2 NAMA KELAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA UNTUK MSDS
DI JEPUN
Tidak berkenaan.
3.3 BAHAYA FIZIKAL & KIMIA
Tidak berkenaan.
3.4 KESAN YANG MUNGKIN PADA KESIHATAN MANUSIA
| Mata |
: Mungkin menyebakan kerengsaan atau kecederaan
akibat tindakan mekanik. |
| Kulit |
: Pelet jarang menyebabkan kerengsaan pada kulit. |
| Penelanan |
: Tiada kesan keracunan akut. |
| Penghisapan |
: Pelet jarang terhisap akibat keadaan fizikalnya. |
3.5 KESAN PADA ALAM SEKITAR
Tidak berkenaan.
3.6 LAIN-LAIN
Merujuk MAKLUMAT TERKAWAL. |
| 4. LANGKAH-LANGKAH
PERTOLONGAN CEMAS |
4.1 PENGHISAPAN
Pelet jarang terhisap akibat keadaan fizikalnya. Namun
jika gejala-gejalanya berlaku, alih mangsa ke tempat yang berudara
segar. Dapatkan bantuan perubatan untuk rawatan lanjut, pemerhatian
dan bantuan ubat-ubatan jika perlu.
Untuk kerengsaan akibat terhisap wasap pemprosesan,
tinggalkan kawasan tercemar dan bernafas dalam udara segar. Jika
berlakunya gejala-gajala seperti batuk, kesusahan bernafas atau
lain-lain, segera dapatkan bantuan perubatan walaupun gejala-gejala
ini berlaku kemudian.
4.2 SENTUHAN KULIT
Basuh kulit perlahan-lahan dengan sabun dan air secukupnya.
Dapatkan bantuan perubatan untuk rawatan lanjut, pemerhatian dan
bantuan ubat-ubatan jika perlu.
Untuk sentuhan kulit dengan resin leburan, dengan
pantas sejukkan dengan air dan dapatkan bantuan perubatan dengan
segera. Jangan cuba mengalihkan resin tanpa bantuan perubatan. Jangan
menggunakan pelarut untuk pengalihan.
Untuk sentuhan kulit dengan wasap kondensasi, segera
basuh perlahan-lahan dengan sabun dan air secukupnya. Jika berlaku
kerengsaan, dapatkan bantuan perubatan.
4.3 SENTUHAN MATA
Segera mengeluarkan kanta lekap. Serta merta mencuci
mata yang tercemar dengan air bersih atau air masin sekurang-kurangnya
untuk 20-30 minit. Dapatkan bantuan perubatan untuk rawatan lanjut,
pemerhatian dan bantuan ubat-ubatan jika perlu.
4.4 PENELANAN
Membersihkan mulut mangsa dengan air secukupnya.
Dapatkan bantuan perubatan untuk rawatan lanjut, pemerhatian dan
bantuan ubat-ubatan jika perlu.
|
| 5. LANGKAH-LANGKAH
MELAWAN API |
5.1 BAHAYA SPECIFIK
BERKENAAN LANGKAH-LANGKAH MELAWAN API
Gunakan air dari jarak selamat untuk menyejukkan dan
melindungi kawasan. Alihkan bekas dari kawasan berapi jika dapat
dilakukan tanpa risiko. Menempatkan kaki tangan ke kawasan selamat.
Haba yang terjana api akan membebaskan wasap dan asap bertoksik
seperti asap hitam yang tebal, karbon monoksida, karbon dioksida,
hidrogen sianik dan pecahan hidrokarbon. Alat bantuan pernafasan
yang berkelulusan keperluan tekanan dan pakaian perlindungan perlu
digunakan untuk semua jenis api.
5.2 MEDIA PEMADAMAN
API
Semburan air, buih karbon dioksida, buih polimer dan
buih kimia kering. Semburan air merupakan media pemadaman yang terbaik.
Buih karbon dioksida dan buih kimia kering secara umumnya kurang
disyorkan kerana kekurangannya dalam keupayaan penyejukan yang mungkin
akan mengizinkan penyalaan berlaku semula. |
| 6.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN |
6.1 LANGKAH-LANGKAH
UNTUK PENGENDALIAN KAKI TANGAN
Tutup semua punca nyalaan dan pakai topeng jika habuk
wujud.
6.2 LANGKAH-LANGKAH
TERHADAP KESAN PADA ALAM SEKITAR
Jangan mengalir ke pembetungan atau longkang. Jika
berlaku kebocoran dan pertumpahan dalam jumlah yang banyak, ini
akan mendatangkan kesan pencemaran pada alam sekitar.
6.3 LANGKAH-LANGKAH
KETIKA MENGENDALIKAN BAHAN TUMPAHAN
Dilarang masuk ke kawasan sehingga pembersihan disempurnakan.
Menyodok ke bekas yang bersih, berlabel dan bertutup. Menyapu atau
mengumpul bahan dengan segera dan menyimpan di bekas yang sesuai
untuk pembuangan dan pemulihan. |
| 7. PENGENDALIAN DAN
PENYIMPANAN |
7.1 PENGENDALIAN
Kawalan pendedahan untuk pengendalian kaki tangan:
Mengudarakan bilik untuk menyingkirkan habuk, haba dan produk pirolisis.
Mengamalkan ilmu kesihatan industri yang bagus.
Mengelakkan sentuhan dengan kulit dan mata.
Langkah-langkah perlindungan terhadap kebakaran dan peletupan:
Mengelakkan pengumpulan habuk.
Mencegah penjanaan wasap atau habuk.
Mengambil langkah-langkah berjaga terhadap pelepasan statik.
Jika berlaku kebakaran dan/atau peletupan, jangan bernafas masuk
wasap.
Lain-lain:
Mencegah pengendalian kasar atau kejatuhan.
Jangan mengalir ke pembetungan atau longkang.
7.2 Penyimpanan
Menyimpan di tempat kering yang menjauhi dari kelembapan,
haba yang melampau, sinaran matahari dan punca penyalaan. |
| 8.
KAWALAN PENDEDAHAN / PERLINDUNGAN PERSENDIRIAN |
8.1 PARAMETER KAWALAN
| |
KANDUNGAN(%) |
Kopolimer Akrilonitril-Butadiena-Stirena |
Gentian Kaca |
| Labor Safety & Health Act (Japan) |
ppm(mg/m³) |
Jumlah habuk
:8(mg/m³) |
2(mg/m³) |
| ACGIH |
ppm(mg/m³) |
Jumlah habuk
:10(mg/m³) |
|
| OSHA |
ppm(mg/m³) |
|
|
Tiada toleransi kepekatan untuk habuk resin ABS dinyatakan
mahupun dari Japan Association of Industrial Health and Hygiene
atau ACGIH, tetapi adalah dipercayai bahawa nilai yang diberikan
di atas merupakan panduan munasabah untuk operasi.
8.2 LANGKAH-LANGKAH
KEJURUTERAAN
Untuk mengekalkan suasana kerja yang sesuai, sistem
pengudaraan segar yang berterusan disyorkan.
Eksos tempatan : Diperlukan jika bahan dipanaskan lebih dari 200°C.
Khas : Menggunakan ruang proses tertutup jika perlu untuk kawalan
bau.
Jika kawalan kejuruteraan tidak berkesan untuk mengawal
pendedahan daripada bahan atau wasap atau bendasing, maka gunakan
alat kawalan peribadi yang sesuai termasuk kawalan pernafasan yang
diluluskan seperti yang diterangkan berikut.
8.3 PERLINDUNGAN PERIBADI
Mata / Muka :
Pakai kaca mata keselamatan dengan perlindungan tepi atau cermin
mata kimia. Lebih-lebih lagi, gunakan pelindung muka apabila wasap
pemprosesan terkondensasi dari bumbung, saluran dan lain-lain permukaan.
Kulit :
Pakai sarung tangan keselamatan untuk mengelakkan daripada tersentuh
wasap pemprosesan yang terkondensasi. Pakai seluar panjang, baju
berlengan panjang dan kasut keselamatan jika boleh.
Pernafasan :
Apabila wasap pemprosesan, dan habuk atau serbuk dari proses sekunder
tidak dapat dikawal sepenuhnya, gunakan alat pernafasan yang diluluskan
untuk perlindungan daripada wap organik dan gas. |
| 9.
CIRI-CIRI FIZIKAL & KIMIA |
| Keadaan fizikal |
: |
Pepejal |
Tekanan wap
|
: |
Diabaikan |
| Rupa |
: |
Pelet plastik |
Ketumpatan wap |
: |
Tidak berkenaan (udara = 1) |
| Bau |
: |
Berbau sedikit |
Graviti specifik |
: |
1.10-1.45 (air = 1) |
| Takat didh |
: |
Tidak berkenaan |
Keterlarutan(%) |
di air : |
Tidak larut |
| Takat lebur |
: |
Merujuk
KOMEN berikut |
|
selainnya : |
Larut dalam pelarut organik |
| Kemeruapan |
: |
: Diabaikan |
pH |
: |
Tidak berkenaan |
| Takat bau |
: |
Belum ditetapkan |
Kadar
pengewapan |
: |
Diabaikan |
KOMEN : Produk ini tidak menunjukkan takat
lebur yang tajam, tetapi akan lembut beransur-ansur dalam julat
suhu yang lebar, antara 100-150°C. |
| 10.
KESTABILAN & REAKTIVITI |
| Takat kilat : |
Tidak berkenaan |
Suhu nyalaan otomatik : |
4050C, jangkaan |
| letupan(%) : |
|
Pembakaran : |
|
| Atasan : |
Belum ditetapkan |
Spontan : |
Not Applicable |
| Bawahan : |
60g/m³(saiz partikal<200nm) |
Reaktiviti dengan air : |
Not Applicable |
| Had kenyalaan(%) : |
|
Kenyalaan : |
Inflammable |
| Atasan : |
Belum ditetapkan |
(Memerlukan punca
nyalaan yang berterusan untuk penyalaan) |
| Bawahan : |
Belum ditetapkan |
| Kenyalaan : |
Tidak ternyala |
Letupan habuk : |
Merujuk had letupan |
| Pengoksidaan : |
Tidak berkenaan |
Reaktiviti sendiri : |
Tidak berkenaan |
KESTABILAN & REAKTIVITI
Produk ini dianggap stabil di bawah keadaan penyimpanan dan pengendalian
yang disyorkan. Dan ia bukan bahan reaktif di bawah keadaan pengendalian,
penyimpanan, pemprosesan dan penggunaan yang disyorkan.
KEADAAN YANG PERLU DIELAKKAN:
Jangan melampaui suhu leburan yang disyorkan. Untuk mengelakkan
otonyalaan dan penguraian bahan bahaya daripada gumpalan panas akibat
penyucian, gumpalan mesti dikutip dalam bentuk kecil, leper atau
utasan halus supaya cepat disejukkan dan dicelupkan dalam air. Jangan
membiarkan produk tinggal di barel pada suhu tinggi untuk jangka
masa yang panjang.
PENGURAIAN BERBAHAYA ATAU PRODUK SAMPINGAN:
Di bawah keadaan pemprosesan yang disyorkan, wasap pemprosesan yang
terbebas mungkin mengandungi kesan Stirena, Akrilonitril, Akrolin,
Asetalaldehid, Asetofenon, Etilenabenzena, Kumin, 4-vinilsiklohexena
dan Fenol. Apabila dibakar, produk berbahaya hasil pembakaran mungkin
mengandungi haba yang hebat, asap hitam tebal, karbon monoksida,
karbon dioksida, hidrogen sianik dan pecahan hidrokarbon. |
| 11.
MAKLUMAT TOKSIKOLOGI |
|
Keracunan akut |
: |
Melalui mulut LD50 (Rat) >5 g/kg (jangkaan) |
|
Keracunan separa akut |
: |
Tiada maklumat specifik diperolehi. |
|
Keracunan kronik |
: |
Tiada maklumat specifik diperolehi. |
|
Kesan karcinogenik |
: |
Tiada maklumat specifik diperolehi. |
|
Kesan mutagenik |
: |
Tiada maklumat specifik diperolehi. |
|
Ciri-ciri kerengsaan |
: |
Wasap pemprosesan akan merengsakan kulit
dan mata. |
|
Kesan alergik dan sensitif |
: |
Gas dan wasap terbentuk mempunyai kesan
sensitif. |
|
Kesan tetratogenik |
: |
Tiada maklumat specifik diperolehi. |
|
Lain-lain |
: |
Monomer stirena disenaraikan oleh IARC kemungkinan
sebagai karsinogen. Tikus yang terdedah pada akrilonitril secara
berulang melalui mulut atau penghisapan menyebabkan ketumbuhan
pada otak dan perut. |
|
| 12.
MAKLUMAT EKOLOGI |
|
Biodegradasi |
: |
Tiada
matlumat specifik diperolehi. |
|
Bio-pengumpulan |
: |
Tiada
matlumat specifik diperolehi. |
|
Keracunan
ikan |
: |
Tiada
matlumat specifik diperolehi. |
|
| 13.
PERTIMBANGAN SEMASA PEMBUANGAN |
Jangan buang produk
ini ke pembetungan, mana-mana lautan atau kawasan air untuk mengelakkan
haiwan marin dan burung daripada tertelan. Pengitaran semula adalah
digalakkan. Pembuangan secara pembakaran terkawal atau di tapak pembuangan
selaras dengan kehendak badan berkuasa mungkin dapat diterima.
|
| 14.
MAKLUMAT PENGANGKUTAN |
Mengelakkan kebasahan
dan pengendalian kasar supaya keadaan pembungkusan yang sesuai dapat
dikekalkan. Jika bungkusan rosak dan pelet atau serbuk terbocor keluar,
sapu atau mengumpulkan bahan itu dan menyimpan di bekas yang sesuai
untuk pembuangan atau pemulihan.
(Merujuk LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN dan MAKLUMAT PEMBUANGAN). |
| 15.
MAKLUMAT PERATURAN |
| REGULATORY / CLASSIFICATION |
Regulatory Information |
Allowed Concentration |
| TSCA(USA) |
This product complies
with the Chemical Substance Inventory requirements of the
US EPA Toxic Substances Control Act. |
|
| EINECS No. |
266-046-0 : Glass
Fiber |
|
| California Proposition 65 |
Chemical substances
identified under the California Proposition 65 column are
known to the State of California to cause cancer and/or reproductive
toxicity. |
|
| FDA |
- |
|
| UL |
Registered |
|
| CSA |
Registered |
|
| OSHA |
Not Regulated |
|
Maklumat peraturan yang lain kami tidak dapat
mengenalpastikan maklumat peraturan berkenaan dengan bahan di negara
atau kawasan anda. Dengan itu, kita memohon agar perkara itu diisikan
atas tanggungjawab anda. Maklumat peraturan berkenaan dengan bahan
ini di negara atau kawasan anda mesti disemak atas tanggungjawab anda.
Pastikan perkara ini menurut keperluan persekutuan dan memastikan
menurut peraturan tempatan. |
| 16.
MAKLUMAT LAIN / RUJUKAN |
| Maklumat ini berkaitan
secara specifik dengan bahan ini. Maklumat ini tidak sah jika ia digunakan
secara kombinasi dengan bahan lain atau proses. Kesesuaian dan kesempurnaan
maklumat ini untuk penggunaan khusus mesti memuaskan pengguna dan
merupakan tanggungjawab pengguna. Maklumat di dalamnya berdasarkan
keikhlasan, tiada warranti, dinyatakan atau diimplikasikan, dibuat.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut. Berdasarkan setakat pengetahuan
kami, maklumat yang terkandung di dalam adalah tepat. Namun, kami
mengandaikan sebarang liabiliti apapun juga untuk ketepatan dan kesempurnaan
maklumat yang terkandung di dalam. Penentuan terakhir tentang kesesuaian
bahan ini adalah tanggungjawab sendiri pengguna. Semua bahan mungkin
wujud merbahaya tanpa dikenali dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Walaupun sesetengah bahayanya diterangkan di dalam, tetapi kami tidak
dapat warranti bahawa hanya jenis bahaya ini yang sahaja wujud. Maklumat
yang terkandung di dalam risalah data ini hanya merupakan maklumat
terbaik yang kami miliki untuk masa ini. Namun, tiada warranti dibuat
berkenaan dengan kesempurnaannya dan kami mengandaikan tiada liabiliti
akibat daripada penggunaanya. Pengguna dinasihati melakukan ujian
masing-masing untuk menentukan keselamatan dan kesesuaian setiap produk
atau kombinasinya untuk tujuan masing-masing. |
| Go
back |